• Enter Slide 1 Title Here

    This is slide 5 description. Go to Edit HTML and find this content. Replace it your own description.

  • Enter Slide 2 Title Here

    This is slide 5 description. Go to Edit HTML and find this content. Replace it your own description.

  • Enter Slide 3 Title Here

    This is slide 5 description. Go to Edit HTML and find this content. Replace it your own description.

  • Enter Slide 4 Title Here

    This is slide 5 description. Go to Edit HTML and find this content. Replace it your own description.

  • Enter Slide 5 Title Here

    This is slide 5 description. Go to Edit HTML and find this content. Replace it your own description.

  • Enter Slide 6 Title Here

    This is slide 5 description. Go to Edit HTML and find this content. Replace it your own description.

Monday, October 21, 2013

MDI II: PSMS Bab 4

Posted by Alina Haizar On 6:23 AM
MDI II: PSMS Bab 4


Kenapa Syidah, akak tengok senyap sahaja sejak akhir-akhir ni?”  Tegor Puan Sri Syahira.  “Syidah sakit ke?” Risau pulak Puan Sri Syahira tengokkan keadaan adik bungsonya itu.  Sudah lama mereka tidak bertemu,  minggu ini Syidah dan emak balik ke Ipoh untuk melawat Puan Sri Syira dan Tan Sri Ghazali.  Adik kepada Ain Safiah, Ain Sofea yang telah pulang dari Paris hendak di risik orang.  Puan Sri Syahira minta Syidah dan emak balik hujung minggu ini, begitu juga dengan Ain Safiah dan Amar Haziq, dipanggil pulang minggu ini untuk sama-sama menyambut rombongan merisik.

“Tak ada apa-apa kak.”  Kata Syidah, cuba hendak mengelak dari menceritakan tentang dirinya kepada kakaknya. 

“Betul ni…Baik cakap kalau ada masalah.  Jangan simpan sahaja.  Mungkin akak boleh tolong.”  Pujuk Puan Sri Syahira. 

Pelik juga Syidah dengan  perangai kakaknya hari ini.  Selalunya mereka jarang berbual begini.  Puan Sri Syahira sibuk dengan hal dia dan keluarganya sahaja.  Hari ini dia ambil berat pulak pasal SYidah.  Puan Sri Syahira dan Syidah sememangnya tidak begitu rapat sangat kerana perbezaan umur mereka.  Syidah lebih rapat dengan Syarif, abang yang atasnya berbanding dengan Kak Syira, kakaknya yang sulong.   Semasa Syida masih bersekolah, Syahira sudah belajar di luar Negara. Syahira sentiasa sibuk dengan pelajaran, pekerjaan dan keluarga.  Terasa regang perhubungan mereka.   Tetapi hari ini tiba-tiba Syahira hendak ambil berat tentang Syidah.  Malu juga rasanya hendak cerita dengan kakaknya itu.  Masalah yang Syidah alami agak kompleks sikit. 

“Entahlah… Kak.”  Syidah tidak dapat hendak buka mulutnya untuk bercerita, terasa segan pulak hendak di cakap dengan Kak Syira. Boleh kah dia ceritakan tentang masalahnya yang begitu sulit sekali.  Dan kalau dia cerita pun dengan Kak SYira, bolehkah Kak Syira tolong Syidah.

“Entah apa pulak… Takkan Syidah tak tahu diri Syidah sendiri.  Bagitahu kakak..”

“Alah… bukan orang tak nak cakap..”

“Habis tu …cakaplah….”

“Ada masalah sikit lah Kak.”

“Masalah ape? Soal Puan Sri Syira.  Dia mengerutkan dahinya.  Kerisauan melanda dirinya.  Entah-entah Syidah adiknya sakit?  Sakit teruk seperti kanser. 

“Syidah… Baik Syidah cakap.  Syidah sakit ke?”

Syidah pandang wajah kakaknya.  Nampak kakaknya menjadi risau. 

“Jangan buat akak risau.  Serious ke?”

“Akak.. ada problem sikit.”

Wajah Puan Sri Shahirah kelihatan pucat. “kanser ke?”

“Taklah akak….”   Kata Syidah. 

Puan Sri Shahirah  melepaskan nafas lega.

“Habis tu.  Apa masalah Syidah.  Cuba cakap dengan akak.”

“Selama ni Syidah selalu dapat very bad period pain.”

“Akak tau.. Semua orang tahu bila Syidah dapat veryyy bad period pain.   Sebab Syidah selalu marah marah dengan orang masa tu.”  Kata Puan Sri Syahirah.  Semua orang tahu tentang sikap Syidah yang garang dan pemarah itu.

Syidah tidak perdulikan kata-kata perli  Puan Sri Syahirah.   Dia  perlu beritahu seseorang tentang masalah yang dia alami sekarang ini.  Mungkin Kak Syira boleh tolong Syidah carikan suami. 

‘Syidah ada fibroid akak.  Bukannya saja-saja.”

“Fibroid?   Habis tu macamana?”

“Doktor suruh buang,  growth ratenya quite alarming.”

“Kalau tak buang?”

“Tanggung sakit dan maybe boleh develop into something more serious.”

“Habis tu macamana?  Apa lagi Syidah, buang sahaja.  Akak tak mau something else happen to Syidah. Apa emak kata?”

“Syidah belum cakap dengan emak.  Tak mau dia risau.”

Puan Sri Syahira  rasa kesihan dengan Syidah kerana dia rasa Syidah menanggung masalahnya sendirian selama ini.  Masalahnya tidak di beritahu pada emak mereka.

“Kalau Syidah cakap dengan emak, entah-entah emak boleh usahakan.  Diakan  pandai urut orang.”

“Tak mahu lah susahkan hati dia Kak.  Lagipun memang doctor sudah sahkan ada fibroid.”

“Buang aje lah… kalau sudah macam tu.”

Syidah menjeling kea rah wajah kakaknya.

“Maksud akak, buang lah fibroid tu.”

“Memang boleh buang tapi ada risk juga.”

“Risk?  Apa dia?”

“Risikonya… ada kemungkinan Syidah tidak boleh dapat anak.”

“Dapat anak..? Tapi….” Puan Sri Syahirah cepat-cepat batalkan apa dia hendak cakap perkatan yang terlintas dalam kepalanya. Dia hendak cakap, “macamana hendak dapat anak? Kau tak kawin lagi.”

Dia memandang wajah adiknya Syidah.  Kesihan pulak rasa dalam hati.  Rupa-rupanya selama ini dia tidak menyedari bahawa adiknya juga ada keinginan untuk jadi seperti perempuan lain, hendak mempunyai anak.  Puan Sri Syahira ingat Syidah sudah terlalu selesa membujang.  Cara dia macam anti lelaki sahaja.  Syidah macam tidak kisah pun hendak kawin.  Sudah selesa dengan hidup menyendiri.  Lagipun dia berjawatan tinggi, duit pun banyak.  Semuanya Syidah sudah ada, Sebuah rumah di Putrajaya dan sebuah lagi condominium mewah dia Kuala Lumpur, kereta mewah.  Tanah di kampong pun ada.  Syidah tidak perlukan suami untuk menanggungnya. Syidah tidak perlukan lelaki dalam hidupnya.   Rupa-rupanya kita tidak boleh lari dari fitrah yang telah allah jadikan.  Allah telah jadikan perempuan mempunyai naluri keibuaan.

“Anak…?  Kata Puan Sri Syahirah perlahan-lahan. 

Syidah menganggokkan kepalanya.

“Sejak akhir-akhir ini Syidah rasa teringin sangat hendak anak.  Especially bila tengok Fatin.  Bila pegang Fatin.  Rasa keinginan hendak anak tu datang mendadak.

Puan Sri Syahirah mula faham.  Jam biologi Syidah sudah mula berdetik.  Terutama sekali bila dia memegang Fatin anak Ain Safiah dan Amar Haziq.  Rembesan hormone keibuaan telah menimbulkan naluri keibuaan pada Syidah. 

“Boleh ambil anak angkat.”  Kata Puan Sri Syahirah.  Lagipun kalau Syidah biarkan sahaja macam ni Syidah yang sakit.”

“Tak sama kak. Anak angkat dengan anak sendiri.  Syidah teringin dapat anak sendiri.  Seorang pun jadilah.   Lagipun, kalau sudah confirm Syidah tidak boleh dapat anak tak mengapalah Syidah ambil anak angkat.  Ini.. Syidah masih ada harapan.  Masih ada window of opportunity.  Falopian tube ada satu lagi yang masih belum block.  Kalau tidak pun boleh try IVF … Cuma…….”

“Cuma ape?”

“Cuma …. Tak ada calon bapa.”

Puan Sri Syahirah menganggukkan kepalanya tanda faham.  Memang secanggih mana pun kebolehan teknologi sekarang ini untuk seorang wanita mendapat anak dengan cara Persenyawaan in vitro,   mesti ada lelaki.  Dalam hal Syidah pula, lelaki yang bergelar suami.  Bukan boleh pilih sahaja sperma lelaki dari Bank Sperma seperti yang dilakukan oleh wanita Barat.  Untuk Syidah lakukan IVF, dia kena dapatkan sperma suaminya sendiri.  Masalahnya siapa yang Syidah kahwini.

“Oh.. sekarang ni yang Syidah termenung sana, termenung sini ni sebab nya Syidah hendak cari jodoh lah.”  Serkap Puan Sri Syuahirah.

Syidah menganggok kepalanya, malu dengan kakaknya.

“Mana tau kakak boleh tolong.”

Bengong juga kepala Puan Sri Syahirah  bila di fikirkan.  Menyesal pulak dia korek-korek masalah Syidah tadi.  Sekarang masalah itu sudah jadi masalah dia pula.  Dan Syidah minta tolong dengan dia untuk carikan dia seorang lelaki untuk jadi suaminya.

“Tolong….?”

“Mana tau kakak atau abang Zali kenal sesiapa yang boleh jadi suami Syidah.”

“Huhhh…..”  Puan Sri Syahira tidak tercakap apa-apa.  Bukan senang hendak carikan jodoh untuk adiknya.  Syidah sudah lebih dari tiga puluh tahun, lepas tu garang pula orangnya.  Syidah pula berjawatan tinggi.  Mana ada lelaki yang hendak dekat dengan Syidah.

Seperti tahu apa yang di dalam kepala kakaknya itu, Syidah sambung lagi. “Syidah tak kisah akak.  Kalau dia tak pangkat tinggi ke,  Tak kerja ke?  Janji lelaki.”

“Banyak cantik kau, takkan kau tak kisah hendak tahu kesihatannya, keturunannya.  Mana tau sakit ke?  Penagih ke?  Kau hendak anak kau tu nanti jatuh sakit.   Yang tak kerja. Kau hendak tanggung dia seumur hidup kau?”

“Tanggung seumur hidup?  Dapat anak cerailah…”

“Eh eh eh… sedapnya mulut cakap.  Kau ingat talak di tangan kau?”  tempelak Puan Sri Syahira.  Dari elok-elok dia bersimpati dengan adik bungsonya itu terus jadi naik marah.  Syidah ingat semuanya mudah macam tu.

“Kita buat perjanjian lah dengan laki-laki tu.  Bila sudah dapat anak.. kami cerai.”

“Akak tak hendak subahat benda-benda macam ni.  Ini kahwin jenis apa?  Orang kawin sebab hendak hidup bersama, dapat anak dan sama-sama membesarkan anak.”

“Dah tak de  orang lelaki yang hendak Syidah macamana? In fact… kalau kahwin pun tak perlu duduk together pun.  Buat IVF  cukup…bila dah tentu berhasil, boleh cerai.”

“Eh senangnyer cakap….  Akak tak mau dengar lagi dah rancangan giler ni… Baik Syidah jangan sampai emak tahu.  Menjerit emak dengar apa yang Syidah hendak buat ni.” 

“Apenya.. Kak.  Tadi akak yang cakap.. entah-entah laki tu hendak ambil kesempatan. Inilah caranya win win.  Cari orang yang sanggup buat semua ni.  Syidah tidak semestinya suka dengan dia.”

“Syidah..syidah.. Syidah ingat itu sahaja ke dalam perkahwinan.. Kahwin..dapat anak.  Anak-anak perlukan kasih saying ibubapanya.”

“Syidah akan saying anak Syidah.  Dia tak perlu kasih sayang lain dari Syidah.”

“Eh..  kasih tu bukan bila dia lahir lagi… Sejak dari awal lagi, dalam masa dalam perut dan sesuah lahir.  Seorang anak perlukan kasih sayang kedua ibu dan bapa.”

“Tak semestinya,  Syidah mampu bagi semuanya. Apa sahaja yang anak Syidah hendak.  Tidak perlu orang lain lagi nak tanggung semua tu.”

“Hehhh  Geram pulak aku cakap dengan budak sorang ni… Tak mau dengar cakap orang langsung.”

“Habis tu akak tak mau tolong SYidah lah.”

“Tolong apenya?”

“Tolong carikan lah sesiapa yang hendak jadi suami Syidah.  Abang Zali mesti kenal ramai orang.  Ramai kakitangan yang kerja dengan dia dulu.  Bujang je, duda ke atau yang dah kahwin ke?”

“Macamana akak hendak bagi tahu dia. Tolong carikan lelaki yang hendak dermakan …. Tu…. untuk Syidah.  Tak sanggup akak.  Kalau Syidah ada rancangan elok-elok untuk kahwin,  mana tau lepas kahwin jatuh cinta dan dapat anak lainlah. Ini macam mat salleh. Orang perempuan moden sekarang ni sudah tidak mahu kawin, Cuma hendak anak sahaja.  Pergi sperm bank. ”

“tak boleh buat macam tu..”  Kata Syidah.

“Tau pun tak boleh buat macam tu.”  Kata Puan Sri Syahirah lagi. 

“Oklah Kak.”    Syidah sudah malas dengan leteran kakaknya.  Mengingatkan Syidah kenapa dia sudah jarang berbual-bual dengan Puan Sri Syahira.  Apa yang dia buat semuanya salah pada pandangan mata Puan Sri.  Baru sahaja Syidah buka mulut hendak ajak berbincang, Puan Sri Syahira sudah marah-marah. 

“Habis tu Syidah hendak buat ape sekarang ni?”

Syidah pandang wajah kakaknya lantas mengangkat kedua-dua bahunya tanda tidak tahu.  Puan Sri Syahira tanya pulak lagi.  Nanti kalau dia cakap Pan Sri Syihara marah lagi.  Lebaih baik Syidah diamkan dirinya sahaja.  Tidak payah dia kongsi masalah dia dengan Puan Sri Syahira.

“Kalau Syidah cakap nanti Kak Syira marah.  Itu sahaja cara yang Syidah boleh fikirkan.  Carikan seseorang yang sanggup jadi suami Syidah.  Itu sahaja.”

“Bukan jadi bapa, more likely jadi penderma sperma.”  Kata Puan Sri Syahira.

“Syidah teringin hendak anak yang comel macam Fatin.  Baik sangat lepas tu cerdik pulak tu.. Fatin sayang dengan Syidah. ”

Syidah .. Fatin tu anak hasil kasih kasih sayang ibu bapanya.  Ain dan Haziq tu very loving couple.  Kita hendak besarkan anak-anak di dalam rumah yang penuh dengan kasih sayang, ibu bapa dan adik beradik.  Bukan hendak besarkan anak as single parents.  Apa yang Syidah hendak buat ni macam menempah porak peranda.”

“Jadi kak Syira tak hendak tolong Syidah le ni?”

“Bukan tak hendak tolong.  Tapi  akak tak setuju dengan apa yang Syidah hendak buat ni.  Kalau akak hendak tolong Syidah pun,  Syidah ingat Abang Zali tu hendak  tolong ke?  Mesti dia marah.  Emak pun mesti marah.”

“Itu sebab Syidah cakap dengan akak sorang. Tak payah cakap dengan abang Zali atau mak.”

“Tak payah cakap dengan abang Zali?  Habis tu macamana?”

“Tanya ajelah, ada tak sesiapa yang dia kena, yang sudi hendak kawin dengan Syidah.”

“Oh.. banyak cantik.. lepas tu bila dah kawin.. Syidah nak bercerai.  Orang akan salah abang Zali.  Abang Zali marah akak nanti.”

“Oklah.. Oklah.. Tak mengapalah.. Tak payah cakap lagi pasal semua ni…”  Kata Syidah.  “Syidah hendak turun bawah kejap.  Hendak tengok Fatin kejap.”  Kata Syidah lalu bangun meninggalkan Puan Sri Syahira sendiri.  Puan Sri Syahira memandang sahaja adik bungsonya keluar dari biliknya untuk turun ke bawah sambil mengelengkan kepalanya.  Masih belum ubah-ubah lagi perangai adiknya itu.  Selama ini lagaknya macam dia bahagia dengan hidupnya itu.  Dia tidak perluakan sesiapa dalam hidupnya.  Tiba-tiba dia sibuk hendak cari calon suami.  Kalau tujuan dia hendak kawin itu normal seperti orang-orang lain sebab inginkan pasangan dan membina keluarga tidak mengapalah juga.  Ini Syidah hendak buat sesuatu yang tidak dibuat orang. 

“Itulah hendak lawan fitrah manusia.  Ingat dia boleh hidup tanpa sesiapa dalam dunia ni~”  Sungut Puan Sri Syahira seorang diri.  Syidah selalu marah-marah bila saudara mara Tanya dia dengan soalan maut,” Bila hendak kawin?”    Serta merta wajahnya berubah dan dengan sinis dia akan jawab soalan mereka, “Balik-balik Tanya soalan tu.  Taka da soalan lain nak Tanya.  Orang kawin ke tak kawin.  Kawin tu everything ke.  Kalau tak kawin kenapa.. okay ape!  Tak semua orang hendak kawin.” 

Terkedu orang yang bertanya.  Kesihan pula Puan Sri tengok  muka orang yang bertanya itu.  Mungkin ada dua tiga yang memang hendak peril SYidah tetapi ada saudara mara yang betul-betul ambil berat tentang Syidah, Mungkin dia orang bertanya sebab hendak tolong carikan calon suami yang sesuai untuk Syidah.  Tapi kalau ada yang ikhlas hendak tolong pun bila sudah kena sebiji dengan dengan Syidah langsung kensel sahaja niat baik mereka itu.  Sekarang tiba-tiba sahaja tuhan hendak tunjuk pada SYidah, selama ini dia berlagak-lagak yang dia tidak perlu sesiapa dalam hidupnya.  Hidupnya sudah okay.  Tiba-tiba terbit naluri keibuannya inginkan seorang anak buat mengisi kekosongan hidupnya. 

“Sudah sampai masanya pun!”  Syidah sudah melewati tigapuluhan.  Kalau lama lagi peluang bagi dia mendapat anak akan tertutup.  Malahan keadaan dirinya yang mendapat fibroid membuatkan masa yang dia ada lebih singkat lagi.  Puan Sri Syahira memang setuju sangat Syidah patut cari lelaki yang baik  untuk dikahwini dan mulakan keluarganya sendiri dengan mendapat anak. Memang niat yang baik.  Tetapi yang Puan Sri Syahirah tidak setuju ialah cara bagaimana Syidah hendak lakukan.  Rasa-rasa semua orang tidak akan setuju dengan apa yang Syidah hendak lakukan. Tetapi Puan Sri Syahira dapat rasakan yang Syidah tidak akan dengar kata-kata nasihatnya itu dan akan teruskan juga dengan rancangan gilanya itu.  Entah lelaki mana yang akan sanggup untuk lakukan apa yang Syida rancang itu.  Kecuali lelaki yang tidak baik niatnya dan mungkin juga lelaki yang dibayar untuk lakukan tugas ini.  Apa kata Syidah dapat lelaki yang mempunyai niat jahat untuk membolot semua duit Syidah? Pening kepala Puan Sri Syahirah.  Harap-harap Syidah tidak akan Berjaya dengan rancangannya itu.  Tetapi timbul juga rasa kesihan pada adik bungsonya itu.  Walaupun selama ini semua orang anggap dia iron lady, dragon lady  tetapi dia tetap mempunyai keinginan seperti perempuan lain.  Mungkin agak lambat tetapi akhirnya adik bungsonya itu telah menjadi seorang wanita.

 

MDI II: PSMS Bab 3

Posted by Alina Haizar On 6:20 AM
MDI II: PSMS Bab 3
 

Syidah termenung di hadapan screen computer tanpa berkelip matanya.  Dia hendak melayari  laman web untuk mencari jodoh.  Memang banyak laman web mencari jodoh tetapi laman web  dari luar negera.  Hanya satu dua laman web tempatan.  Syida rasa tidak percaya dengan apa yang dia baca. Takut semua laman web ini hanyalah laman web yang tidak sah dan hanya akan menipu pengguna sahaja. Rasa berat jari nya hendak menaip apa yang dia hendak cari.   Malu juga rasa dalam hati Syidah untuk layari  laman cari jodoh walaupun tidak ada sesiapa yang nampak dia berbuat demikian di dalam biliknya.  Kalau kakitangan dia di luar tahu apa yang Syidah hendak lakukan mesti mereka ketawa pecah perut.  Mereka semua memang tidak suka dengan Syidah dan selalu mengata tentang Syidah. 

“Anak dara tua, Andalusia. Andartu.! Desprado.”  Syidah tahu gelaran-gelaran yang mereka berikan kepada dirinya.    Tetapi dia keraskan hatinya dan buat-buat seperti dia tidak perduli tentang cercaan mereka semua.  Tetapi disebalik kekerasan yang ditunjukkan di luaran, mereka semua tidak sedar  bahawa Syidah juga ada perasaan dan selalu terasa dengan kata-kata mereka.  Tidakkah mereka yang mencaci dan mencerca dirinya sedar bahawa jodoh dan pertemuan itu ditentukan oleh tuhan.   Syidah tidak pernah minta dirinya jadi begini.   Bukan Syidah berlagak atau terlalu memilih.  Syidah bukanya  memilih. Kalau dia tidak layan Hisham dulu pun sebab dia masih terlalu muda dan sedang belajar.  Takkan itu pun di katakan memilih.  Selepas Hashim tidak ada orang lain yang hendak dengan Syidah.  Sudah takdir Syidah begini.   Umur sudah hendak mencecah 33 tahun, masih belum berkahwin.  Apa yang Syidah harus lakukan.  Sebelum ini dia tidak mempunyai perasaan yang begitu mendadak untuk mendapat anak, apatah lagi untuk berkahwin.  Sekarang pun, Syidah tidak ada perasaan untuk berkahwin.  Dia sudah dapat menerima takdir yang ditentukan oleh tuhan kepada dirinya.   Tetapi kini  yang membuat dia begitu terdesak sekarang ialah keinginannya untuk mendapat anak hasil dari darah daging dia sendiri dan keadaan kesihatan dirinya.    Jika orang seperti  orang barat yang bukan berugama islam,   boleh dapat anak nya sendiri tanpa perlu berkahwin dahulu, Syidah memang akan memilih untuk tidak berkahwin.  Sebab bukan kehadiran seorang suami yang Syidah hendakkan.  Sama sekali Syidah bukan terdesak hendakkan seorang lelaki dalam hidupnya.  Syidah mahukan seorang anak!  Cara dia hendak dapat anak dari darah dagingnya sendiri ialah dengan berkahwin.  Dan dengan masalah kesihatan yang Syidah alami dan tingkap waktu yang makin tertutup Syidah perlu bertindak cepat. 

Syidah sudah fikirkan jalan-jalan yang dia perlu ambil untuk menyelesaikan masalah yang dia alami ini. Apa yang dia hendak buat sekarang ialah salah satu jalan yang SYidah sudah fikirkan, mencari jodoh melalui internet.  Ternyata lebih senang cakap dari membuatnya.  Rasa sepertitidak percaya Syidah akan mendapat suami melalui internet.  Macam main-main sahaja.   Ataupun Syidah boleh cuba cari pasangannya melalui iklan surat kabar.  Lain cara, itupun kalau Syidah  sanggup untuk beritahu tentang masalahnya dengan emaknya dan Kak Syira, minta Kak Syira dan abang Ghazali yang membantu carikan jodoh untuk Syidah.  Abang Ghazali mesti kenal ramai lelaki di luar sana.  Sesiapa sahaja yang sanggup jadi suami Syidah, untuk dia dapat anak.  Selepas dapat anak, mereka boleh berpisah.  Syidah sanggup bayar sesiapa yang sanggup jadi bapa untuk anaknya itu.

Mungkin boleh Syidah sendiri yang tanya dengan kawan-kawan di pejabatnya yang sanggup jadi suaminya sementara.  Mereka tidak perlu ada hubungan intim pun.  Hanya perlu menjadi penderma sahaja. Adakah orang lelaki yang sanggup berbuat demikian demi kerana wang?  Kalau iye, inilah gen yang dia hendak mengalir dalam darah anaknya? 

“Hummmpppp..”  Syidah mengeuh sendiri. Kalau macam itu susahlah hendak dapat penderma sperma sebab  tinggi pulak criteria yang Syidah hendak, dia hendak baka gen yang baik-baik untuk  anaknya itu. 

“Dalam keadaan begini, kau masih lagi hendak memilih pulak!”Syidah marahkan dirinya.    

Tiba-tiba pintu biliknya di ketuk dan terus di buka dari luar.  Khairul menjengah kepalanya ke dalam sambil tersenyum. Syidah terkejut, mengelabah Syidah di buatnya. Dia segera tekan Exit untuk keluar dari laman web yang sedang dia layari.  Tetapi tidak berjaya, laman web yang dia layari ‘hang’ seketika.  Syidah pura-pura sibuk.  Mula mencari dokumen di mejanya.

Khairul terus masuk ke dalam bilik tanpa di ajak dan duduk di kerusi berhadapan dengan Syidah.  Wajahnya masih tersenyum.  Khairul ada hajat besar yang dia hendak minta  dari Cik Syahidah, ketuanya.  Selalunya kalau kena gaya, Cik Syahidah akan beri sahaja apa yang Khairul minta. Yang penting jangan ada orang dengar dan tahu yang dia dapat layanan istimewa dari Cik Syahidah.  Khairul rasa dia tahu kelemahan CIk Syahidah.  “Lelaki lebih  muda! Atau lelaki!”  Kalau lelaki lebih muda minta sesuatu dengan lemah lembut dari Cik Syahidah, mesti dapat.  Kalaulah yang minta sesuatu itu ialah orang perempuan. “Huh!  Mesti tak dapat punya!”  Kelebihan itu yang Khairul gunakan untuk kepentingan dirinya sendiri.    Lagipun Cik Syahidah bergaji besar, kalau Khairul hendak kesempitan wang, CIk Syahidahlah tempat Khairul meminjam.  Kadang-kala tidak perlu bayar pun.  “Aku yang beruntung!” 

Hari ini Khairul hendak pinjam duit lagi dengan Cik Syahidah.  Sudah hampir hujung-hujung  bulan begini, dia tidak cukup wang untuk beli susu dan pampers untuk anaknya yang berumur setahun.   Sejak melahirkan anak mereka, isterinya telah berhenti kerja. Dengan satu lagi mulut yang perlu diberi makan,  Khairul dapati dia seringkali mengalami kesempitan wang.  Kalau difikir-fikirkan menyesal juga dia suruh isterinya berhenti kerja, walaupun gaji seorang kerani bukanlah sebanyak mana tetapi sekurang-kuranganya dapat membantu menampung perbelanjan harian mereka.  Bayi zaman sekarang ini terlalu banyak makan belanja, lampin pakai buang dan susu yang mahal.  Kalau zaman Khairul kecil dulu dia hanya pakai lampin kain yang boleh menjimatkan wang, tambahan susu yang diminum ialah susu ibu.  Orang zaman sekarang seperti isterinya sudah tidak tahu apa itu lampin kain dan tidak mahu menyusu bayi kerana takut rosak susuk badan.  Walaupun di hospital dan klinik banyak menyarankan penyusuan ibu tetapi Farisya tetap enggang menyusukan anaknya.  Banyak alasan yang dia gunakan, tidak cukup susu, bayi  tidak kenyang, selalu menangis dan yang paling penting sekali ialah tidak mahu rosak bentuk badan.   Kenalah Khairul yang berbelanja lebih, di luar kemampuan dirinya.  

Setelah dua tahun berkahwin, Khairul mula rasa letih dengan segala-galanya.  Kadang-kala dia rasa dia hanya mahu bebas dari segala tanggungjawab dan kembali seperti masa dia sebelum kahwin dulu.  Dia ada masa dan wang untuk bersuka-suka dengan rakan-rakannya yang lain.  Ada wang lebih untuk diberikan kepada emaknya dan adik-adiknya yang masih belajar.  Khairul teringatkan panggilan telefon emaknya yang meminta Khairul bantu member duit kepada adik perempuannya yang sedang belajar di Institut Pengajian Tinggi Awam.  Khairul tidak berupaya untuk berikan wang tersebut.  Hendak belikan susu dan lampin pakai buang untuk anaknya pun tidak cukup, inikan hendak diberikan duit pada keluarganya.  Kalau dia cuba hendak tolongkan isterinya akan mengamuk dengan Khairul. 

“Kita pun tak cukup duit, hendak bagi pada adik abang pulak! Banyak cantik!  Entah-entah dia sedap-sedap habiskan duit di kampus, kita yang kena ikat perut!”  Jerit Farisya, isterinya sambil mencekak pinggang dan menjegilkan matanya kepada Khairul.  Macam tidak percaya Khairul melihat wajah isterinya itu.  Macamana gadis  yang begitu manis dan lemah lembut yang dia kahwini dulu boleh jadi begitu kasar dan garang sekali.  Kalau Khairul hendak hidup  dengan perempuan yang garang dan selalu marah-marah, baiklah dia kahwin dengan Cik Syahidah.  Memanglah  selalu kena marah dengan Cik Syahidah tetapi sekurang-kurangnya poketnya lebat. Dapat bawa kereta besar, dulu Cik Syahidah bawa kereta Honda Accord.  Baru-baru ini dia baru tukar kereta baru BMW 3 series.   Memang boleh bergaya habis kalau kahwin dengan CIk Syahidah  dan  tidaklah banyak tanggung jawab seperti sekarang ini. 

CIk Syahidah yang dia angan-angankan itu kini berada didepannya, sedang memandang Khairul dengan wajah geram kerana Khairul masuk ke dalam biliknya tanpa minta kebenaran dahulu. Nasib baik dia sempat juga keluar dari laman web mencari jodoh yang dia layari  tadi.  Kalau tidak mesti Khairul akan beritahu kakitangan yang lain.  Mesti dia jadi bahan ketawa dalam pejabatnya hari ini.

“Kenapa ni?  Masuk bilik orang tak  bagi salam.  Ada  saya kata awak boleh masuk bilik saya?” Soal Syahidah, sengaja dia  menjegilkan matanya dan meninggikan suaranya untuk menghilangkan rasa malunya kerana nyaris-nyaris pecah tembelang dengan Khairul. 

“Alah Syidah. Kenapa marah-marah ni.  Saya datang hendak tengok CIk Syidah, lama Cik SYidah duduk sendirian dalam biliknya.  Kami semua tunggu juga di luar.  Selalunya kita ada mesyuarat pada hari pertama, minggu pertama setiap bulan.  That is today…”

“Hari ini tak ada meeting!”  Sergah Syidah.  “Masing-masing sudah ada kerja yang kena buat. Apa hendak tunggu mesyuarat lagi.  Buat saja.  Hendak kena suruh juga ke?”

Khairul terus tersenyum walaupun disergah oleh Syidah. 

“Bukan apa.  Sudah biasa sangat.  Syidahkan penting ketepatan dan displin yang tinggi.  Kami semua sudah biasa dengan cara Cik Syidah.”  Puji Khairul. 

“Iye ke?” Soal Syidah.  Tidak dia sangka pulak caranya menjadi satu contoh teladan untuk kakitangnya.  Setahu SYidah kakitanganya bengang dengan displin dan peraturan yang SYidah tetapkan sebab ketua-ketua yang lain tidak begitu tegas dengan kakitangan mereka.   Kakitangnya sahaja yang kena datang tepat pada waktu, tidak boleh menular sesuka hati waktu pejabat dan selalu kena balik lambat untuk siapkan laporan.           

“Iye. Betul,  Syidah. Eh….  Sudah dekat waktu makan tengahari.  Tak hendak turun makan ke?”

“Ummmm…” Syidah keberatan untuk keluar makan sebab dia hendak guna masa tengahari itu untuk buat sesuatu yang lebih penting.”

“Tak hendak makan ke?  Hendak saya  belikan apa-apa? Tapau?”  Soal Khairul.  Belum sempat Syidah jawab, Khairul terus sambung lagi.  “Alah Syidah, takkan hendak duduk di pejabat ni aje.  Marilah kita turun makan.  Kalau tak mau makan di bawah, kita pergi tempat lain. Alamanda ke?  Presint 9 ke atau Presint 8.  Kalau hendak makan di Presint 14 pun oleh  juga. Boleh makan nasi beriani di Mr Kebab.  Buat apa hendak duduk sorang-sorang dalam bilik ni.  Jomlah”  Pujuk Khairul lagi dengan lembut sekali.

Syidah akhirnya setuju apabila di pujuk oleh Khairul.  Lagipun duduk seorang diri sambil memikirkan nasib dirinya yang malang akan membuat dia kebingungan.  Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan lagi.  Buat sementara waktu ini mungkin elok Syidah cuba lupakan sekejap masalah dirinya.  Mungkin setelah dia tenang sedikit dia boleh fikirkan jalan terbaik yang dia harus ambil untuk selesaikan masalahnya itu.

“Okaylah.  Jomlah kita keluar makan.  Kita makan di luar lah.  Jemu dengan makan di kafetaria.”  Kata Syidah.

“Okay, Macam tulah.   Relaks sikit, Syidah.  Syidah kerja kuat sangat. Jom kita pergi.   Biar saya drive. Syidah sit back and relaks.” Ujar Khairul, terus menghulurkan tangannya untuk mengambil kunci kereta dari Syidah.  Khairul tersenyum sendiri.  Nasib baik Syidah hendak ikut dia keluar makan.  Kalau SYidah hendak suruh dia tapau saja tadi,  memang jenuhlah dia hendak cekau duit untuk belikan SYidah makanan.   Agaknya dia tidak makanlah tengahari ini.  Tetapi bila mereka keluar makan macam ini selalunya memang Syidah yang bayar.  Seingat Khairul selama dia bekerja dengan SYidah, kalau makan bersama,   SYidah yang akan bayarkan.  Adalah sesekali Khairul yang akan bayar itu pun kalau masa dapat gaji.    Sebab itu  masa bujang dulu, Khairul selalu banyak duit.  Dia memang selalu keluar makan dengan SYidah sebab  Syidah bukan ada ramai kawan.  “Win win situation ..”  Khairul temankan SYidah makan, kalau tidak SYidah keseorangan, macam kera sumbang.  Manakala Khairul pulak sentiasa dapat makan free.  Kadang-kala sehari suntuk, sarapan, makan tengahari, makan petang dan makan malam,  dia asyik dapat makan free, semua CIk Syahidah yang bayarkan.   Dapatlah dia jimat duit dan kelihatan seperti orang yang mewah bila keluar dating dengan Farisya.   Emaknya dikampung juga asyik memuji Khairul sebagai anak yang baik dan bertanggungjawab kerana selalu memberi wang kepada mereka sekeluarga.

Selepas dia berkahwin,  dia jarang keluar makan dengan Syidah.  Sibuk dengan bininya yang cantik itu.   Syidah pun ketika tahu Khairul sudah bertunang dan hendak kahwin nampaknya mula menjauhkan diri dari Khairul,  dan sejak dia kawin jarang mereka keluar makan macam dulu, kalau keluar pun hanya untuk makan tengahari. 

“Agaknya Syidah berangan hendak tackle aku agaknya.  Itu yang dia selalu keluar makan dengan aku.   Mentang-mentang aku baik dengan dia.” Teka Khairul ketika itu.  “Dia tak tahu, aku baik dengan dia sebab poket dia penuh. Kalau tidak aku pun tak ingin hendak dekat!”   Khairul terlalu bangga dan ego waktu itu.  Maklumlah dapat gadis ang cantik sebagai tunang.  Takkan dia hendak kahwin dengan ketuanya yang lebih tua dari dirinya.  “Malulah aku.  Takkan aku hendak anak dara tua tu, buat bini. Macam aku ini tidak ada orang yang hendak!” Ketika itu, Khairul berfikiran begitu.  Pada dia, Syidah tidak layak untuk dirinya.  Tetapi sekarang ini dia sudah mula berubah fikiran.  Terutama sekali bila dia sering kesempitan wang seperti sekarang ini.

Kalaulah dia kahwin dengan Syidah, mesti dia yang pandu kereta BMW yang baru ini setiap hari untuk ke pejabat.  Tidaklah dia dengan kereta second handnya yang sudah beberapa kali masuk worksyop.  Semuanya memerlukan wang. Isterinya hendak lebih wang.  Anaknya memerlukan wang.  Keluarganya di kampong memerlukan wang. Hutang kad kreditnya sudah makin bertambah-tambah, apa yang dia bayarkan setiap bulan tidak sedikit pun mengurangkan hutangnya itu.  Khairul mula rasa sesak nafas, dia seperti berada dalam kapal yang hendak meletup. 

Khairul mula tarik nafas panjang. Biar oksigen masuk ke dalam otaknya untuk dia berfikir apa yang dia harus lakukan.   Semasa makan tengahari nanti, dia akan mula minta simpati Syidah.  Syidah mesti akan beri Khairul pinjam duit.  Kalau Khairul pandai mengayat Syidah  baik-baik, silap-silap Syidah akan beri sahaja duit yang di minta, bukan setakat meminjamkan sahaja.  Nasib baik Khairul masih anda angsa emasnya di dalam diri Syidah.  “Selamat Khairul…”  Khairul menghela nafas panjang, sambil memandu kereta BMW  menuju ke arah present 14.

  ***********************************************88

“Kenapa Syidah, saya tengok macam ada masalah besar aje.  Sejak akhir-akhir ini Syidah asyik duduk dalam bilik sahaja.”

“Eloklah… Tak ada sesiapa yang akan marah kau orang. Tak ada sesiapa hendak complain lagi”

“Actually,  I miss all that.”

“Huh!”

“Betul!  Kalau Syidah tak keluar bagi arahan pagi-pagi macam selalu SYidah buat dulu, rasa macam tidak lengkap hari saya.”

“Huh!”  Syidah memandang wajah Khairul seperti tidak percaya dengan apa yang dia dengar.  Mereka sedang tunggu Nasi Beriani yang di pesan. Untung betul Khairul. Kalau tidak keluar dari Cik Syahidah, tidaklah dapat dia jamu selera  dengan Nasi Beriani kambing tengahari ini. Makan tengahari secara ala kadar di kafetaria sahajalah nampaknya.    Yang penting sekarang, buat dan cakap apa sahaja untuk buat Cik Syahidah senang dengan dirinya.  Cik Syahidah sahajalah yang  boleh keluarkan dia dari kesempitan yang dia alami sekarang ini.

“Betul Syidah. Saya suka dengan cara Syidah.  Semua orang cakap  orang bawah Syidah berdisplin dan pandai buat kerja.  Ada yang cuba-cuba hendak ambil staff Syidah tau.”   Khairul memang hendak ambil hati Syidah hari ini. 

“Really!  Siapa yang hendak ambil staff saya?  SOal Syidah,sambil itu Syidah mula rasa kembang. 

“Encik Rashid beberapa kali cakap sesiapa hendak pindah ke jabatan dia, dia hendak.”

“Encik Rashid hendak ambil you all.  Wow!  This is new.  Saya tak tahu pun ada orang hendak curi staff saya.”  Ujar Syidah. 

“Bukan ENcik Rashid sahaja, ada ramai lagi.  Puan Lee pun ada juga cakap,  kakitangan Syidah bagus.  Kami cakap sebab Cik Syahidah yang bagus.”  Terang Khairul lagi.

Macam tidak percaya pulak SYidah dibuatnya bila dengar kata-kata Khairul.  Memang Syidah sudah latih kakitangannya dengan baiksupaya mereka menjadi kakitangan yang berdisplin dan cekap buat kerja.  Hari-hari dia pastikan mereka buat kerja dengan sempurna, Syidah tidak lepaskan sahaja kakitangan buatkerja tanpa pengawasan ketat. Sebab itu kakitanganya takut dengan SYidah.  Setahu SYidah kakitanganya selalu bengang dengan dia, bukannya  suka dengan SYidah.

“Really!”  Soal Syidah.

“Betul.  Kalau bukan Syidah yang ajar selok belok inspection yang baik dan terperinci, saya mesti tidak boleh buat.  Sekarang ini pun Puan Lee kata saya cekap dan hendak saya join jabatan dia.”

“So, Khairul hendak tukar jabatan ke?”  Soal Syidah.

“Eh..tak maulah. No way.  Saya suka kerja bawah Syidah. Banyak yang saya belajar dengan Syidah.  Staff Syidah yang lain pun cakap macam juga.”  Puji Khairul.

“Iye ke? Bukan kau orang asyik mengata saya di belakang saya.  Bukan saya tidak dengar.”  Kata SYidah, sengaja menguji Khairul.  Syidah pernah dengar kakitangnya mengata tentang dia.  Hari ini Khairul cakap sesuatu yang berlainan pulak.  Kakitanganya suka dengan cara Syidah membimbing mereka semua.

“Taklah Syidah, biasalah kalau lepas SYidah marah kami tu ada yang bengang.  Kadang-kala  bukan bengang dengan SYidah pun, bengang dengan diri sendiri sebab buat kerja yang tidak sempurna, tidak macam SYidah.  Tapi sekejap sahaja bengang tu, sebenarnya kami suka dengan cara Syidah. Orang lain boss dia orang buakn perduli untuk improvekan diri staff.  Lantaklah, dia orang tidak perdulikan hendak melatih staff untuk jadi lebih cekap, improve mutu kerja.  Bukan macam SYidah.”

“Saya macam tidak percaya dengar apa yang Khairul cakap ni.  Khairul pun bila dengan dia orang, join sekali mengumpat saya.”  Syidah teringat yang dia pernah terserempak dengan Khairul dan rakan-rakanya amengata tentang Syidah.

“Tidaklah SYidah, saya tak mahu nampak sangat yang saya sokong Syidah seratus peratus. Nanti orang kata saya hendak bodek SYidah.  Bila dia orang tengah bengang mcam tu, saya ikut saja rentak dia orang, tapi pelan-pelan saya akan  cakap balik. APa pun saya tetap sokong CIk Syahidah seratus peratus.  Dia boss yang baik.  Walaupun dia tegas tetapi dia membuat kita jadi cekap dan dia betul-betul ambil tahu pasal kemajuan diri staff.  Apa pun terjadi, saya hormat dengan Cik Syahidah dan dialah boss yang terbaik untuk kita.”

Syidah memandang Kkairul dengan pandangan lain. Belum sempat Syidah jawab kata-kata Khairul, hidangan yang mereka pesan pun tiba. Sudah pukul 1.15 tengahari.  Perut memang tengah kelaparan.  Aroma yang Nasi beriani yang semerbak mencucuk hidung, kecur air liur.  Tanpa membuang masa mereka pun mula menjamu selera.   

Sambil makan, Syidah asyik memandang Khairul yang juga sedang makan dengan begitu lahap sekali. Macam setahun tidak makan nasi.  Berselera sungguh Khairul makan tengahari ini.  Sudah agak lama Syidah tidak keluar makan dengan Khairul.  Sejak dia sudah berkeluarga SYidah ingat Khairul sudah tidak mahu keluar makan-makan dengan dirinya seperti dulu.  Syidah ingat yidah ingat Khairul tidak ikhlas berkawan rapat dengan dia selama ini.  Rupa-rupanya dia salah.  Tidak dia sangka, begitu rupanya pandangan Khairul terhadap dirinya selama ini.  Memang antara staf-staf  Syida, Khairul yang paling rapat dengan SYidah.  Tetapi tidak dia sangka begitu setia Khairul terhadap dirinya, menyokong dirinya 100%.. Cuma kadang-kala Khairul sengaja tidak mahu tunjuk depan sataf-staf yang lain.  Seronok rasa Syidah tengahari ini.  Sekurang-kurangnya dia ada kawan di dalam diri Khairul.  Syidah yang jauhan diri dari Khairul sejak Khairul berkahwin.  Sepatutnya SYidah tidak berbuat demikian. 

“So..sekarang ini anak Khairul sudah umur berapa tahun?”  Soal Syidah. 

“Sudah setahun Syidah.”

“Oh Sudah besar.  Sudah boleh jalan.”  Bila sebut tentang anak, teringat Syidah tentang Fatim.  Dan teringat juga SYidah tentang anak yang dia kehendaki.  Masalah yang Syidah hadapi muncul kembali dalam minda SYidah.  Untungnya orang  lain yang sudah dapat anak.  Dia juga yang tidak ada rezeki. 

“Sudah..” Jawab Khairul, sudah selesai makan dan sedang menghirup fresh orange di hadapannya.kemudian Khairul sambung lagi..  “Dia jalan cepat, baru sebelas bulan dia sudah mula jalan.  Lasak sekarang ni.  Jenuh Farisya jaga dia sekarang ni.”

“Oh.. Bukan ke Farisya berhenti kerja untuk jaga anak Khairul tu.  Untung baby tu, ada emak jaga sepenuh masa.”

Khairul tersenyum sendiri.  Nampaknya Syidah sudah mula cair dengan kata-kata Khairulyang bersungguh-sungguh tadi.  Syidah sudah mula tanya pasal anak Khairul.  Lepas ini dengan mudah Khairul boleh cerita pasal anak dia yang sudah mula membesar dan masalah kewangan yang Khairul hadapi.  Memang benarlah kata-katanya tadi, CIk Syahidahlah jalan keluar bagi masalah kewangan Khairul.          

MDI II: PSMS Bab 2

Posted by Alina Haizar On 6:16 AM
Bab 2

“Cik Syidah…..  from the last visit, the rate of growth is quite fast. You see here.Can you compare from the picture of the last visit.”   Kata Doktor Maria, dahinya agak berkerut.   “Dalam masa dua bulan, dia dah jadi besar.  I am quite worried.” Sambung Dr Maria lagi.
“Maksud Doktor?” Soal Syidah. Dia rasa risau.  Dia takut dia tidak akan ada peluang untuk capai kemahuannya.  Kalau boleh Syidah tidak mahu dengar apa yang doctor Maria ingin cakapkan.
“Saya takut kalau-kalau dengan kadar tumbesaran yang begini, the fibroid will grow into something cancerous.   This is not a good sign.”
“Hmmm...iye ke...” Jawab Syidah, penuh kehampaan. “Habis tu macamana Doktor.  Apa yang patut saya buat Doktor?
“Macam yang saya cakap, kita boleh buat surgery, buang fibroid itu semua atau kita boleh buat hysterectomy.”

“Doktorkan tahu saya tidak mahu hysterectomy.” Hela Syidah.  Dia sudah cakap berkali-kali pada Doktor Maria, kenapa Doktor maria tidak mahu faham dengan keadaan dirinya.
“Iye-iye.. saya faham.  Cik Syidah masih mahu peluang untuk melahirkan anak. How about your pain.”
“Tak ada jalan lain ke Doktor?”  Syidah tidak mahu hysterectomy dijalankan ke atas dirinya.  Tetapi dia juga tidak tahan dengan kesakitan yang dia tanggung.  Selama dua bulan  yang lalu, Syidah cuba beritahu dirinya yang dia boleh tahan dengan kesakitan yang dia alami.  Dia tidak mahu menjalani hysterectomy tetapi nyata dia juga tidak boleh tahan lagi dengan kesakitan yang dia alami.  Selama dua bulan dia cuba hendak tahan dengan kesakitan yang di alami.  Harap-harap makin lama dia tunggu, sakitnya akan hilang begitu sahaja.  Tetapi keajaiban itu tidak berlaku.  

Hari ini dia menyerah diri kepada Doktor Maria, kerana dia dalam kesakitan.  Doktor Maria tahu yang Syidah cuba melambat-lambat untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya bila Syidah tidak datang untuk temujanji dengannya bulan lepas.  Dia hanya tersenyum bila melihat kemunculan SYidah hari ini.  Mesti dia kesakitan dan sudah tidak tahan lagi. Geram Syidah tengok wajah Dr Maria, Doktor berbangsa serani itu.  Wajahnya begitu jelita dan bentuk badan yang sangat menawan.  Bukan macam seorang doctor Pakar sakit puan tetapi macam seorang model  berwajah pan Asia.

“Ada..  kita boleh buat Myomectomy iaitu surgery untuk remove fibroid-fibroid itu..tetapi....”
“Okay...tapi Doktor.  Ada risiko juga kalau kita buat myomectomy, ada yang dapat selesaikan masalah dan ada yang dalam 40% yang menjalankan myomectomy  yang dilaporkan tidak hamil.  Kemungkinan di sebabkan parut dari pembedahan yang dijalankan.”

“Ohh.... jadi...”
“Yes... kalau  kita buat myomectomy pun masih ada risiko yang Cik SYidah tidak dapat anak.” 
“Okay... Kalau macam tu... Patutkah saya buat myomectomy? Kalau saya buat, apa peluang saya? Ada kata kalau saya buat myomectomy, lagi mengurangkan peluang untuk saya hamil nanti?”
“Cik Syidah,  kita hendak beri cara yang sepatutnya mengurangkan kesakitan  dan masalah yang Cik Syidah hadapi.  Tetapi untuk berbuat demikian ada risikonya.  Semua procedure memang ada risiko.”
“Jadi ada kemungkinan saya tidak boleh dapat anak bila buat procedure ini?”
“Iye Cik Syidah terutama sekali dengan kedudukan fibroid itu sekarang tetapi…”
“Jadi saya tak mahulah buat procedures ini dulu…”
“That is another choice yang Cik Syidah boleh ambil dulu.  Cik Syidah mahu cuba mendapatkan anak dulu.  But what about your pain?”

Syidah termenung seketika.   Tujuan dia mendapatkan rawatan dengan Dr Maria ialah untuk menghilangkan kesakitan yang dia alami. Sekarang ini bila Dr Maria memberikan cadangan rawatan yang dia kena lakukan, dia tidak mahu lakukan pulak.  Mesti Doktor Maria pun sudah tidak tahu apa yang dia patutu cadangkan dengan Syidah lagi.  Semuanya Syidah tolak. 

Syidah tolak atas alasannya tersendiri.   Syidah tidak boleh ambil risiko ini.  Syidah hendak mempunyai anaknya sendiri.  Itu impiannya.  Tambahan sekarang ini, keinginan itu makin kuat terasa.    Syidah tidak sanggup untuk melepaskan  impiannya itu.  Jika tidak…apa lagi yang Syidah hendak lagi dalam hidup ini.  Dunia Syidah terasa begitu gelap sekali. Lemah terasa seluruh badannya.”

“Cik Syidah… Apa yang Cik Syidah hendak kita lakukan sekarang?”
“Uhhh… Doktor…Tolong saya Doktor.  You know what I want Doktor?”
“Okay… Well.. Hysterectomy is a no.  Myomectomy will have to wait because we do not want  the scar to lessen the chance for your to get pregnant.  Then nothing else but Cik Syidah kena cepat tarikh perkahwinan Cik SYidah dan cuba dapatkan anak secara normal.  Dan jika itu selepas itu,  kita dapati semua usaha kita tidak berjaya atau mungkin fibroid membesar terlalu cepat sehingga menutup tiub fallopian.  Kita boleh cuba IVF.  Cik Syidah tahukan IVFkan.  In-vitro Fertilization?”  Soal Doktor Maria.
“Saya tahu..” Jawab Syidah dengan ringkas. Dia telah banyak membaca dan mengkaji alternative yang dia ada sejak akhir-akhir ini.
“Kalau macam itu apa yang Cik Syidah patut lakukan sekarang dan SEGERA,  Get married!  Cik Syidah sudah cakap sejak dua bulan  lalu.   Kalau Cik Syidah tidak ada rancangan untuk kawin saya akan beri cadangan yang sama.   Get Married and get pregnant as soon as possible.   Cik Syidah tidak boleh tunggu lama-lama lagi.”
“Uh…”
“Yelah……kena ikut nasihat saya.… try to get pregnant.  Tetapi kalau gagal juga, kita boleh cuba cara lain.  IVF.  Sementara itu saya akan berikan pain killer untuk CIk Syidah. Kalau Cik Syidah tidak tahan dengan sakit yang Cik Syidah alami selepas ini, kita tak ada jalan lain, kita lakukan myeomectomy… Kalau okay.. eloklah..kalau tidak  kita tidak ada jalan lain.  Kalau Cik Syidah tidak mahu sakit.  Tapi ada setengah orang cakap, selepas kahwin selalunya all the period pain will be gone..”  Bisik Doktor Maria sambil mengenyitkan matanya pada Syidah. “It’s the hormone thing….”
 Syidah tidak dapat berkata apa-apa. Doktor Maria ingat Syidah diam kerana dia malu dengan usikan Doktor Serani itu.
“Cik Syidah jangan pulak lupa hendak jemput saya ke Majlis perkahwinan Cik Syidah nanti.  Bila tu.. mesti very soonkan.  Cik Syidah asyik cakap hendak dapat anak  sahaja sekarang ini. Hendak dapat cik abang… tak sabar juga ke?”
Geram juga Syidah dengan Doktor Maria.  “Makin melebih-lebih excited pulak Doktor ni..”  Getus Syidah dalam hatinya.   Doktor Maria ingat bila Syidah cakap hendak dapatkan anak secara normal, dia terus salah sangka ingat Syidah akan melangsungkan perkahwinannya tidak lama lagi.  DIa ingat Syidah suka sangat, hendak kahwin tidak lama lagi.  Kalau lama-lama lagi Syidah dengar Doktor Maria mencecer tentang perkahwinannya itu, mesti dia makin bengang.  Nanti meletup gunung berapi. Syidah tidak boleh dipertanggungjawabkan kalau dia naik angin.  Siapa suruh Doktor Maria yang lebih-lebih teruja.  Siapa yang hendak kahwin?  Mana ada sesiapa yang hendakkan dia!
“Ummppp…Doktor.. Doktor  salah faham… Mana ada saya hendak kahwin….”  Kata Syidah perlahan.
“Ahh..?  Cik SYidah bukan hendak kahwin. Habis tu Cik Syidah keep on saying that you want to have the baby.. cakap pasal baby..having the baby in natural  way…”  Ujar  Doktor Maria.  “You are not going to get married now..?”
Syidah mengelengkan kepalanya.  “Nope… Not now and not anywhere in the near future…”
 “So I jumped into conclusion.  I am so sorry… “
“Habis tu...macamana  sekarang ni doctor…?”
“Huhhhh..” Doktor Maria mengeluh.  Pening kepala bila dia fikirkan kehendak pesakitnya itu.  Doktor Maria ingat selama ini dia risau hendak dapatkan anak kerana dia akan berkahwin tidak lama lagi.  Rupa-rupanya dia tidak ada rancangan untuk berkahwin pun.  Doktor Maria mengelengkan kepalanya.  Orang zaman sekarang ni macam-macam karenahnya, mahu anak tanpa ada suami.  Tidak mahu kahwin dan mahu hidup membujang.  Hidup dengan pasangan sejenis dan macam-macam lagi.  DOktor Maria menjeling kea rah Syidah. “ Takkan Cik SYidah ini macam tu juga!” 
“CIk SYidah hendak dapat baby?”
Syidah menganggukkan kepalanya.
“Kenapa tak ambil anak angkat sahaja?”
“Saya hendak anak saya sendiri bukan anak angkat....”  Terang Syidah.
“Kalau CIk SYidah hendak anak dan tak mahu ambil anak angkat,  CIk Syidah kenalah kahwin dulu.  Baru boleh cuba dapatkan anak. Kalau tidak boleh juga, baru kita boleh cuba IVF.  Setahu saya..  orang muslim tidak boleh buat IVF kecuali dengan mengambil sperma dari suaminya sendiri. ”
Semua yang Doktor Serani itu cakapkan benar belaka.  Bukan Syidah tidak tahu semua itu.  Mungkin kalau dia terlalu kepingan sangat anak,  Syidah patut cuba ambil anak angkat sahaja.  Mungkin bila dia dapat anak angkat nanti, dia akan dapat hilangkan rasa keinginan dalam hatinya.  Mungkin anak angkat itu akan mengisi kekosongan yang dia rasa selama ini.
“Whatever it is Cik Syidah has to decide what option you want to do as soon as possible.  That fibroid of yours don’t seem to be getting any smaller.  The pain is not going away.  If Cik Syidah really wants to try to have a baby.  You should try now before it is too late.”  Nasihat Doktor Maris dengan panjang lebar. “You window of opportunity is getting smaller and smaller.

“Okay… Doktor.  I will think about it.”
“Now that you said you don’t have any future plan.  May be you should consider adopting a baby.  Bukan semua orang ditakdirkan melahirkan anak  tetapi masih boleh membantu kanak-kanak yang tidak bernasib baik dengan ambil kanak-kanak seperti ini sebagai anak angkat.  You should consider that option CIk Syidah.”  Nasihat Doktor Maria lagi.  “Maybe you can find that this can fulfil your life.”
“Doktor ada berapa orang anak?”  Tiba-tiba Syidah bertanya kepada Doktor Maria.
“Saya ada dua orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan.”  Terang Doktor maria.
“Jadi Doktor tidak akan faham perasaan saya.” Tuduh Syidah.  Tidak ada orang yang akan faham perasaan Syidah sekarang ini.  Semua orang akan ingat Syidah sengaja mengada-ada dengan kemahuannya itu.  Mereka ingat perasaan SYidah ini sengaja dibuat-buat.  Ingat dengan senang-senang Syidah hendak ambil anak angkat untuk menghilangkan keinginan di hatinya itu.  Syidah mahukan zuriat dari darah dagingnya sendiri.  Syidah inginkan melalui semuanya, fasa kehamilan, melahirkan dan menjaga anaknya sendiri.  Seperti yang di lalui oleh anak saudaranya Ain Safiah. Sekarang Syidah akan sanggup buat apa sahaja untuk mencapai impiannya itu.
“Saya faham.. Cik Syidah.  I am a woman and a mother.  I know how fulfilling it is when we had a child in our arms. It is heavenly. I don’t even know how to describe.”  Terang Doktor Maria
.   
********************************
Syidah tahu perasaan yang Doktor Maria cuba terangkan pada dirinya tempoh hari.  Dia dapat rasakannya ketika dia mendukong Fatin di dadanya.  Syidah cium pipi Fatin, dan menghidu dalam-dalam keharuman seorang bayi yang suci.  Sebaik sahaja Ain Safiah dan Amar Haziq tiba di rumah Syidah, Syidah terus ambil bayi Fatin dari dukongan Ain Safiah. Setelah bermain dengan Fatin, dia bawa Fatin naik ke biliknya untuk tidur.   Syidah tidak puas memandang wajah Fatin yang comel itu.  Wajahnya seiras dengan wajah Amar Haziq tetapi ekspressi wajahnya sebiji seperti Ain Safiah, terutama sekali senyuman nakalnya.  Tetapi bila Fatin berwajah serious, rupanya macam Amar Haziq pulak.   Sungguh cantik anak Amar Haziq dan Ain Safiah.  Tentu mereka begitu gembira dengan kehadiran cahaya mata yang begitu comel sekali, menambahkan lagi kebahagiaan rumah tangga pasangan muda itu.    
Timbul rasa iri di hati Syidah.  Ada orang yang begitu beruntung dalam hidupnya.  Mempunyai semuanya, seperti Ain Safiah.  Dalam usianya yang masih muda, dia telah bertemu dengan orang yang mencintainya dan mereka telah berumah tangga dan kini telah mempunyai anak yang begitu comel.   Ain Safiah dan Amar Haziq mempunyai ibu bapa yang sangat menyayangi mereka. Bertuah betul mereka berdua.  Tetapi yang buat Syidah rasa iri hati sangat dengan Ain Safiah bukan sebab Ain Safiah ada suami yang sangat kacak dan sangat mencintainya, bukan sebab Ain Safiah yang datang dari keluarga yang kaya raya berkahwin dengan  lelaki dari keluarga yang berada juga, bukan juga sebab Ain Safiah  mempunyai mertua yang sangat menyayanginya tetapi Syidah rasa iri hati sangat dengan Ain Safiah kerana mempunyai anak yang comel seperti Fatin.  Itu sahaja yang menjadi punca rasa iri di hatinya.
Sudah dua  bulan berlalu sejak dia bertemu dengan Doktor Maria tempoh hari, sehingga sekarang SYidah masih belum putuskan apa yang dia harus lakukan.  Seperti yang Doktor Maria katakan kalau SYidah tunggu dan tidak berbuat apa-apa, sakit yang dia alami setiap bulan akan tetap dia alami dan  Syidah terpaksa bergantung dengan ubat penahan sakit untuk dia lalui hidupan hariannya.  Syidah perlu cari jalan untuk menyelesaikan masalah dia dengan segera.  Dia tidak boleh bertahan dalam keadaan begini dan tidak tahu hala tujunya.
Syidah terlalu ingin mempunyai seorang anak seperti Fatin.  Seorang pun jadilah.  Terasa satu ruang  kosong dalam hatinya yang tidak dapat di tampung oleh sesiapa atau apa-apa pun kecuali dengan adanya seorang anak di dalam dukongannya.  Malangnya kehendak itulah satu-satunya yang nampaknya mustahil untuk Syidah capai.   Wang simpanannya yang sudah lama dia kumpul selama ini pun tidak dapat dia gunakan untuk membeli apa yang dia inginkan itu. 
Untuk capai apa yang dia inginkan sangat, Syidah perlu cari seorang lelaki yang sanggup berkahwin dengannya. Tidak kisahlah kalau lelaki itu tidak mencintainya dan dia juga tidak mencintai lelaki tersebut.    Yang penting lelaki itu tahu apa tujuan Syidah sebenarnya dan sanggup untuk melakukan apa yang Syidah rancang.  Syidah hanya mahukan anak hasil dari perkahwinan itu.  Mereka juga tidak perlu menjadi seperti suami isteri yang sebenarnya.  Kemudian Syidah boleh cuba dengan IVF untuk hamil.  Sebaik sahaja Syidah hamil mereka boleh berpisah.  Selepas itu Syidah boleh lahirkan anaknya dan besarkan anaknya sendirian. 
Itu sahaja yang Syidah inginkan. Syidah tidak perlukan apa-apa lagi dalam hidupnya.  Hanya seorang anak yang akan melengkapkan hidupnya.  Kepuasan atau kelengkapan lain dalam hidupnya, Syidah boleh dapatkan, Syidah boleh beli.  Dia ada wang  untk memenuhi impiannya yang lain-lainnya.  Malahan  Syidah sanggup menawarkan wang kepada lelaki yang sanggup berkahwin dengan dia dan kemudian setelah sah dia hamil, mereka sudah boleh hidup berpisah sehinggalah dia menjahirkan anak, kemudian boleh mereka bercerai dengan secara sah.     
“Not a bad idea..”  Kata Syidah pada dirinya sendiri.  Dia sanggup bayar untuk dapatkan khidmat sesiapa yang sanggup.  Kemudian Syidah termenung.  Tetapi dengan masalah fibroid yang dia hadapi,  masalah kadar tumbesaran fibroid yang begitu mendadak. Apa kata kalau   Syidah berkahwin pun kemungkinan besar dia akan menghadapi masalah untuk hamil.  Sampai berapa lama mereka hendak mencuba.  Sampai berapa lama dia sanggup membayar lelaki itu untuk terus menjadi suaminya kalau  semua jalan yang mereka lakukan untuk hamil gagal?
Syidah mengeluh sendirian.  Dia memandang wajah Fatin yang sedang nyenyak tidur.  Lalu dia cium pipi Fatin yang mulus itu. Terasa begitu sayu hati Syidah.  Adakah dia akan menemui kekecewaan  dalam usahanya mencapai impiannya itu?
Adakah lebih baik Syidah cuba lupakan sahaja apa yang hendak lakukan dan terima sahaja cadangan Doktor Maria, agar ambil sahaja anak angkat. 
“Tapi…..” Syidah bercakap dengan dirinya sendiri.   Sebahagian dirinya yang aagak negative  cuba menyakinkan sebahagian dirinya yang lebih positif.  Entah-entah apa yang dia lakukan hanya buang masa, tenaga dan wang sahaja.
“Mak Su… Mari kita minum dulu.”  Kata Ain Safiah, di pintu bilik Syidah.  Dia naik ke atas untuk panggil SYidah turun.  Sebelum ini Ain Safiah dan Mak Cik Khamsiah sibuk di dapur menyediakan minuman  petang untuk mereka semua.  Ain Safiah tahu Mak Su Syidahnya begitu sayang sangat dengan Fatin.  Nampak benar Mak Su rindu dengan Fatin. Kalau lama Ain Safiah dan Amar Haziq tidak berkunjung ke rumah Mak Su dan Opah, mesti Mak Su SYidah atau Opah telefon mereka. Bertanya kenapa mereka tidak datang.  Ain Safiah tersenyum sendirian. Bukan mereka sengaja tidak mahu sering ke rumah Mak SU SYidah dan Opah, tetapi tiap-tiap hujung minggu ada sahaja tempat yang mereka kena kunjungi.  Kedua-dua ibu bapa sebelah Ain Safiah dan Amar Haziq mesti di kunjungi juga.   Belum lagi kalau  ada majlis kenduri  kendara sama ada di Kuala Pilah atau di Ipoh.
Tan Sri Ghazali dan Puan Sri Syahira hendak tengk cucu mereka, kalau boleh tiap-tiap minggu.  Begitu juga Dato Arif Johan dan Datin Izzah, mesti hendak tengok Fatin tiap-tiap minggu.  Kalau pada hujung minggu di mana giliran Ain Safiah dan Amar Haziq balik Perak,  mereka mesti datang ke rumah Ain Safiah dan Amar Haziq pada hari Isnin keesokan harinya dan mereka berdua baby sit Fatin sementara Ain Safiah dan Amar Haziq pergi kerja.  Kalau seminggu tidak bertemu dengan cucu mereka itu, tidak sah rasanya hidup kedua datuk dan nenek itu.  Bila berpeluang balik ke Putrajaya, Ain Safiah dan Amar Haziq akan bertandang ke rumah Mak SU Syidah dan Opah dahulu sebelum mereka balik ke rumah Datuk Arif Johan dan Datin Izzah.  Kalau lama sikit di rumah Mak Su SYidah dan Opah, nanti Pak Ngah atau Pak The atau Pak Su Fatin akan datang menyusul.  Aiman Sabri, Aqeem Amiruddin dan Aqram Faiz juga sangat-sangat sayang dengan Fatin.  Mereka akan cuba balik ke Putrajaya jika mereka tahu giliran Ain Safiah dan Amar Haziq balik ke Putrajaya.  Hendak bertemu dan bermain-main dengan Fatin. 
Ain Safiah masih tersenyum memikirkan saudara mara dan ipar duainya itu.  Memang penat melayan kehendak semua. Kadang kala Ain Safiah rasa dia perlu lebih hari dalam seminggu untuk dia betul-betul berehat dengan suaminya Amar haziq dan anak kesayangnya Fatin.  Mereka tidak ada masa langsung untuk dihabiskan untuk mereka bertiga. 
“Well…” keluh Ain Safiah.  Sementara orang semua tengah sayang dan keluarga kecil mereka menjadi kesukaan ramai terutama sekali sekali Fatin.   Besok bila Aqeem Amiruddin sudah berkahwin dan mempunyai anak mungkin kehadiran mereka bertiga tidak di tuntut sangat. Dapatlah Ain Safiah dan Amar Haziq menjalani kehidupan bekeluarga sendiri.     
“Hendak bawa Fatin turun sekali ke Ain?  Dia tengah tidur nyenyak ni.”  Kata Syidah, tidak sampai hati hendak mengangkat Fatin dari katilnya dan menganggu tidur Fatin yang sedang tidur dengan lenanya dalam bilik Syidah yang berhawa dingin itu.
“Bawa turunlah Mak SU. Nanti kalau dia terjaga kita tak dengar pulak! Melalak karang Mak Su.  Fatin ni..kalau sudah melalak, satu Putrajaya boleh dengar.”  Kata Ain Safiah.
“Merepeklah Ain ni… Budak baik macam Fatin ni, Ain kata macam tu.  Hendak samakan Fatin dengan dia pulak.”  Bela Mak Su SYidah.  Marah dia bila anak saudata kesyangannya itu di kata oleh ibunya sendiri, Ain Safiah.
“iyelah..  Fatin ni baik… Bukan macam Ain…” Jawab Ain Safiah.  Kadang-kala pelik juga Ain Safiah tengok Mak SU SYidah bila bersama Fatin.  “Berubah sungguh!”  Kata Ain Safiah dalam hatinya.
Bukan macam Mak Su SYidah yang selalu.  Yang di gelar Iron Lady, Dragon lady.  Bukan Mak Su Syidah yang garang yang selalu marah-marahkan Ain Safiah.  Mak SU SYidah cair bila dia bersama Fatin. Terserlah sifat kewanitaannya. Begitulah agaknya Allah telah jadikan wanita.  Bila dengan seorang bayi, kasihnya tertumpah.  Seluruh tubuh badannya bertindakbalas dengan sentuhan seorang bati yang tidak berdosa. Hormon-hormon keibuaan dan kewanitaannya akan dirembeskan, menhasilkan respons-respon keibuaan dalam diri wanita, tidak kira wanita yang selama ini digelar iron lady pun akan tumpas juga. Selama ini dia tidak akan mengalah dengan mana-mana lelaki, rupa-rupanya dia menjadi lembut dengan hanya membau keharuman dan kemurniaan seorang bayi.
Ain Safiah kemudiannya membiarkan sahaja Mak Su SYidah mengangkat Fatin yang sedang tidur  dan mendukong Fatin dekat di dadanya. Manakala Ain Safiah tutupkan suis penghawa Dingin. Lnatas mereka berdua kemudian keluar dari bilik tidur Mak SU SYidah dan menuruni tangga untuk ke ruang makan.  
Kelihatan Amar Haziq berada di ruang tamu, sedang berehat sambil menonton televisyen, hanya tersenyum memandang Syidah yang sedang mendukong Fatin.  Syidah meletakkan Fatin yang sedang tidur di kerusi sofa.  Sedikit pun tidur Fatin tidak terganggu. Dia terus lena, matanya terpejam rapat.  Geram Mak SU Syidah tengok mata yang tertutup itu. Ingin dia usik pipi gebu Fatin sehingga membuat Fatin terjaga.  Tetapi kesihan pulak rasa Syidah hendak ganggu tidur Fatin. Syidah kemudiannya menghampiri meja makan. Opah sedang menghidangkan air the untuk minum petang.  Di atas meja sudah terhidang sepiring pisang goreng panas dan sepiring kueh bingka.    

“Mari minum Haziq.” Panggil Mak CIk Khamsiah. 
“Okay ..Opah. Sedap ni goreng pisang panas-panas.”
“Bila masa emak buat  Kueh bingka ni?” Soal Syidah. DIa ambil sekeping lalu dia makan kueh tersebut.  Memang kueh bingka maknya.  Rupa dan rasanya memang seperti kueh bingka emaknya.
“Bukan emak yang buat ni.  Ain yang buat.  Dia bawa sikit untuk kita rasa.” Kata Mak Cik Khamsiah.
“Ain yang buat..  Not bad.” Kata Syidah sambil memandang wajah Amar Haziq yang tersenyum bangga.
“Abang Haziq memang suka kueh bingka opah. Jadi Ain buat kueh ni dengan opah.” Kata Ain Safiah. 
“Kalau hendak belajar jueh lain pun boleh…Opah boleh ajarkan.”
“Boleh ke makan apa yang Ain masak sekarang ni Haziq?”  Soal Mak SU SYidah.  Syidah bukan tidak kenal dengan Ain Safiah.  Masa dia duduk di rumah ini dulu, semua benda dia tak tahu.  Teruatama sekali masakan melayu.  Lagipun Ain bukan main liat lagi hendak masak. 
“Sekarang dah terror Mak Su.  Banyak improvement kalau hendak banding dari masa mula-mula dulu.”
“Betul ke ni Ain.”
“Ehhh… betul apa.  Memang dah lama Ain pandai masak.  Sebelum kawin ambil crash course dengan Opah…”  Ain Safiah membela dirinya.
“Iye ke?” Macamana Syidah boleh tidak perasaan. Kalau di lihat betul-betul, memang banyak perubahan Ain Safiah.  Memang kadang kala Ain Safiah masih gila-gila lagi tetapi kematangnya sudah terserlah.  Wajahnya begitu berseri. Seri seorang isteri yang dikasihi suami.  Mungkin juga seri seorang ibu muda.  Bila mengingatkan perkataan ibu itu, hati Syidah tersentap kembali.  Rasa iri terhadap Ain Safiah yang sudah bergelar ibu kembali menyerang dirinya.   
Syidah menyhedarkan dirinya. Apapun SYidah tidak boleh mengalah tanpa mencuba dahulu.  Itu bukan sifat Syidah.  Syidah mesti memasang strategi dan rancangan untuk mendapat apa yang dia impikan dengan segera.  Doktor Maria sudah cakap dengan Syidah, dia perlu cepat berusaha untuk hamil. Kalau  tunggu lama-lama lagi peluang untuk dia hamil akan jadi lebih tipis.  Syidah mesti mula bertindak mencari jalan untuk mendapat apa yang dia idamkan.

Blogger news

Blogroll

About