Monday, October 21, 2013

MDI II: PSMS Bab 2

Posted by Alina Haizar On 6:16 AM
Bab 2

“Cik Syidah…..  from the last visit, the rate of growth is quite fast. You see here.Can you compare from the picture of the last visit.”   Kata Doktor Maria, dahinya agak berkerut.   “Dalam masa dua bulan, dia dah jadi besar.  I am quite worried.” Sambung Dr Maria lagi.
“Maksud Doktor?” Soal Syidah. Dia rasa risau.  Dia takut dia tidak akan ada peluang untuk capai kemahuannya.  Kalau boleh Syidah tidak mahu dengar apa yang doctor Maria ingin cakapkan.
“Saya takut kalau-kalau dengan kadar tumbesaran yang begini, the fibroid will grow into something cancerous.   This is not a good sign.”
“Hmmm...iye ke...” Jawab Syidah, penuh kehampaan. “Habis tu macamana Doktor.  Apa yang patut saya buat Doktor?
“Macam yang saya cakap, kita boleh buat surgery, buang fibroid itu semua atau kita boleh buat hysterectomy.”

“Doktorkan tahu saya tidak mahu hysterectomy.” Hela Syidah.  Dia sudah cakap berkali-kali pada Doktor Maria, kenapa Doktor maria tidak mahu faham dengan keadaan dirinya.
“Iye-iye.. saya faham.  Cik Syidah masih mahu peluang untuk melahirkan anak. How about your pain.”
“Tak ada jalan lain ke Doktor?”  Syidah tidak mahu hysterectomy dijalankan ke atas dirinya.  Tetapi dia juga tidak tahan dengan kesakitan yang dia tanggung.  Selama dua bulan  yang lalu, Syidah cuba beritahu dirinya yang dia boleh tahan dengan kesakitan yang dia alami.  Dia tidak mahu menjalani hysterectomy tetapi nyata dia juga tidak boleh tahan lagi dengan kesakitan yang dia alami.  Selama dua bulan dia cuba hendak tahan dengan kesakitan yang di alami.  Harap-harap makin lama dia tunggu, sakitnya akan hilang begitu sahaja.  Tetapi keajaiban itu tidak berlaku.  

Hari ini dia menyerah diri kepada Doktor Maria, kerana dia dalam kesakitan.  Doktor Maria tahu yang Syidah cuba melambat-lambat untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya bila Syidah tidak datang untuk temujanji dengannya bulan lepas.  Dia hanya tersenyum bila melihat kemunculan SYidah hari ini.  Mesti dia kesakitan dan sudah tidak tahan lagi. Geram Syidah tengok wajah Dr Maria, Doktor berbangsa serani itu.  Wajahnya begitu jelita dan bentuk badan yang sangat menawan.  Bukan macam seorang doctor Pakar sakit puan tetapi macam seorang model  berwajah pan Asia.

“Ada..  kita boleh buat Myomectomy iaitu surgery untuk remove fibroid-fibroid itu..tetapi....”
“Okay...tapi Doktor.  Ada risiko juga kalau kita buat myomectomy, ada yang dapat selesaikan masalah dan ada yang dalam 40% yang menjalankan myomectomy  yang dilaporkan tidak hamil.  Kemungkinan di sebabkan parut dari pembedahan yang dijalankan.”

“Ohh.... jadi...”
“Yes... kalau  kita buat myomectomy pun masih ada risiko yang Cik SYidah tidak dapat anak.” 
“Okay... Kalau macam tu... Patutkah saya buat myomectomy? Kalau saya buat, apa peluang saya? Ada kata kalau saya buat myomectomy, lagi mengurangkan peluang untuk saya hamil nanti?”
“Cik Syidah,  kita hendak beri cara yang sepatutnya mengurangkan kesakitan  dan masalah yang Cik Syidah hadapi.  Tetapi untuk berbuat demikian ada risikonya.  Semua procedure memang ada risiko.”
“Jadi ada kemungkinan saya tidak boleh dapat anak bila buat procedure ini?”
“Iye Cik Syidah terutama sekali dengan kedudukan fibroid itu sekarang tetapi…”
“Jadi saya tak mahulah buat procedures ini dulu…”
“That is another choice yang Cik Syidah boleh ambil dulu.  Cik Syidah mahu cuba mendapatkan anak dulu.  But what about your pain?”

Syidah termenung seketika.   Tujuan dia mendapatkan rawatan dengan Dr Maria ialah untuk menghilangkan kesakitan yang dia alami. Sekarang ini bila Dr Maria memberikan cadangan rawatan yang dia kena lakukan, dia tidak mahu lakukan pulak.  Mesti Doktor Maria pun sudah tidak tahu apa yang dia patutu cadangkan dengan Syidah lagi.  Semuanya Syidah tolak. 

Syidah tolak atas alasannya tersendiri.   Syidah tidak boleh ambil risiko ini.  Syidah hendak mempunyai anaknya sendiri.  Itu impiannya.  Tambahan sekarang ini, keinginan itu makin kuat terasa.    Syidah tidak sanggup untuk melepaskan  impiannya itu.  Jika tidak…apa lagi yang Syidah hendak lagi dalam hidup ini.  Dunia Syidah terasa begitu gelap sekali. Lemah terasa seluruh badannya.”

“Cik Syidah… Apa yang Cik Syidah hendak kita lakukan sekarang?”
“Uhhh… Doktor…Tolong saya Doktor.  You know what I want Doktor?”
“Okay… Well.. Hysterectomy is a no.  Myomectomy will have to wait because we do not want  the scar to lessen the chance for your to get pregnant.  Then nothing else but Cik Syidah kena cepat tarikh perkahwinan Cik SYidah dan cuba dapatkan anak secara normal.  Dan jika itu selepas itu,  kita dapati semua usaha kita tidak berjaya atau mungkin fibroid membesar terlalu cepat sehingga menutup tiub fallopian.  Kita boleh cuba IVF.  Cik Syidah tahukan IVFkan.  In-vitro Fertilization?”  Soal Doktor Maria.
“Saya tahu..” Jawab Syidah dengan ringkas. Dia telah banyak membaca dan mengkaji alternative yang dia ada sejak akhir-akhir ini.
“Kalau macam itu apa yang Cik Syidah patut lakukan sekarang dan SEGERA,  Get married!  Cik Syidah sudah cakap sejak dua bulan  lalu.   Kalau Cik Syidah tidak ada rancangan untuk kawin saya akan beri cadangan yang sama.   Get Married and get pregnant as soon as possible.   Cik Syidah tidak boleh tunggu lama-lama lagi.”
“Uh…”
“Yelah……kena ikut nasihat saya.… try to get pregnant.  Tetapi kalau gagal juga, kita boleh cuba cara lain.  IVF.  Sementara itu saya akan berikan pain killer untuk CIk Syidah. Kalau Cik Syidah tidak tahan dengan sakit yang Cik Syidah alami selepas ini, kita tak ada jalan lain, kita lakukan myeomectomy… Kalau okay.. eloklah..kalau tidak  kita tidak ada jalan lain.  Kalau Cik Syidah tidak mahu sakit.  Tapi ada setengah orang cakap, selepas kahwin selalunya all the period pain will be gone..”  Bisik Doktor Maria sambil mengenyitkan matanya pada Syidah. “It’s the hormone thing….”
 Syidah tidak dapat berkata apa-apa. Doktor Maria ingat Syidah diam kerana dia malu dengan usikan Doktor Serani itu.
“Cik Syidah jangan pulak lupa hendak jemput saya ke Majlis perkahwinan Cik Syidah nanti.  Bila tu.. mesti very soonkan.  Cik Syidah asyik cakap hendak dapat anak  sahaja sekarang ini. Hendak dapat cik abang… tak sabar juga ke?”
Geram juga Syidah dengan Doktor Maria.  “Makin melebih-lebih excited pulak Doktor ni..”  Getus Syidah dalam hatinya.   Doktor Maria ingat bila Syidah cakap hendak dapatkan anak secara normal, dia terus salah sangka ingat Syidah akan melangsungkan perkahwinannya tidak lama lagi.  DIa ingat Syidah suka sangat, hendak kahwin tidak lama lagi.  Kalau lama-lama lagi Syidah dengar Doktor Maria mencecer tentang perkahwinannya itu, mesti dia makin bengang.  Nanti meletup gunung berapi. Syidah tidak boleh dipertanggungjawabkan kalau dia naik angin.  Siapa suruh Doktor Maria yang lebih-lebih teruja.  Siapa yang hendak kahwin?  Mana ada sesiapa yang hendakkan dia!
“Ummppp…Doktor.. Doktor  salah faham… Mana ada saya hendak kahwin….”  Kata Syidah perlahan.
“Ahh..?  Cik SYidah bukan hendak kahwin. Habis tu Cik Syidah keep on saying that you want to have the baby.. cakap pasal baby..having the baby in natural  way…”  Ujar  Doktor Maria.  “You are not going to get married now..?”
Syidah mengelengkan kepalanya.  “Nope… Not now and not anywhere in the near future…”
 “So I jumped into conclusion.  I am so sorry… “
“Habis tu...macamana  sekarang ni doctor…?”
“Huhhhh..” Doktor Maria mengeluh.  Pening kepala bila dia fikirkan kehendak pesakitnya itu.  Doktor Maria ingat selama ini dia risau hendak dapatkan anak kerana dia akan berkahwin tidak lama lagi.  Rupa-rupanya dia tidak ada rancangan untuk berkahwin pun.  Doktor Maria mengelengkan kepalanya.  Orang zaman sekarang ni macam-macam karenahnya, mahu anak tanpa ada suami.  Tidak mahu kahwin dan mahu hidup membujang.  Hidup dengan pasangan sejenis dan macam-macam lagi.  DOktor Maria menjeling kea rah Syidah. “ Takkan Cik SYidah ini macam tu juga!” 
“CIk SYidah hendak dapat baby?”
Syidah menganggukkan kepalanya.
“Kenapa tak ambil anak angkat sahaja?”
“Saya hendak anak saya sendiri bukan anak angkat....”  Terang Syidah.
“Kalau CIk SYidah hendak anak dan tak mahu ambil anak angkat,  CIk Syidah kenalah kahwin dulu.  Baru boleh cuba dapatkan anak. Kalau tidak boleh juga, baru kita boleh cuba IVF.  Setahu saya..  orang muslim tidak boleh buat IVF kecuali dengan mengambil sperma dari suaminya sendiri. ”
Semua yang Doktor Serani itu cakapkan benar belaka.  Bukan Syidah tidak tahu semua itu.  Mungkin kalau dia terlalu kepingan sangat anak,  Syidah patut cuba ambil anak angkat sahaja.  Mungkin bila dia dapat anak angkat nanti, dia akan dapat hilangkan rasa keinginan dalam hatinya.  Mungkin anak angkat itu akan mengisi kekosongan yang dia rasa selama ini.
“Whatever it is Cik Syidah has to decide what option you want to do as soon as possible.  That fibroid of yours don’t seem to be getting any smaller.  The pain is not going away.  If Cik Syidah really wants to try to have a baby.  You should try now before it is too late.”  Nasihat Doktor Maris dengan panjang lebar. “You window of opportunity is getting smaller and smaller.

“Okay… Doktor.  I will think about it.”
“Now that you said you don’t have any future plan.  May be you should consider adopting a baby.  Bukan semua orang ditakdirkan melahirkan anak  tetapi masih boleh membantu kanak-kanak yang tidak bernasib baik dengan ambil kanak-kanak seperti ini sebagai anak angkat.  You should consider that option CIk Syidah.”  Nasihat Doktor Maria lagi.  “Maybe you can find that this can fulfil your life.”
“Doktor ada berapa orang anak?”  Tiba-tiba Syidah bertanya kepada Doktor Maria.
“Saya ada dua orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan.”  Terang Doktor maria.
“Jadi Doktor tidak akan faham perasaan saya.” Tuduh Syidah.  Tidak ada orang yang akan faham perasaan Syidah sekarang ini.  Semua orang akan ingat Syidah sengaja mengada-ada dengan kemahuannya itu.  Mereka ingat perasaan SYidah ini sengaja dibuat-buat.  Ingat dengan senang-senang Syidah hendak ambil anak angkat untuk menghilangkan keinginan di hatinya itu.  Syidah mahukan zuriat dari darah dagingnya sendiri.  Syidah inginkan melalui semuanya, fasa kehamilan, melahirkan dan menjaga anaknya sendiri.  Seperti yang di lalui oleh anak saudaranya Ain Safiah. Sekarang Syidah akan sanggup buat apa sahaja untuk mencapai impiannya itu.
“Saya faham.. Cik Syidah.  I am a woman and a mother.  I know how fulfilling it is when we had a child in our arms. It is heavenly. I don’t even know how to describe.”  Terang Doktor Maria
.   
********************************
Syidah tahu perasaan yang Doktor Maria cuba terangkan pada dirinya tempoh hari.  Dia dapat rasakannya ketika dia mendukong Fatin di dadanya.  Syidah cium pipi Fatin, dan menghidu dalam-dalam keharuman seorang bayi yang suci.  Sebaik sahaja Ain Safiah dan Amar Haziq tiba di rumah Syidah, Syidah terus ambil bayi Fatin dari dukongan Ain Safiah. Setelah bermain dengan Fatin, dia bawa Fatin naik ke biliknya untuk tidur.   Syidah tidak puas memandang wajah Fatin yang comel itu.  Wajahnya seiras dengan wajah Amar Haziq tetapi ekspressi wajahnya sebiji seperti Ain Safiah, terutama sekali senyuman nakalnya.  Tetapi bila Fatin berwajah serious, rupanya macam Amar Haziq pulak.   Sungguh cantik anak Amar Haziq dan Ain Safiah.  Tentu mereka begitu gembira dengan kehadiran cahaya mata yang begitu comel sekali, menambahkan lagi kebahagiaan rumah tangga pasangan muda itu.    
Timbul rasa iri di hati Syidah.  Ada orang yang begitu beruntung dalam hidupnya.  Mempunyai semuanya, seperti Ain Safiah.  Dalam usianya yang masih muda, dia telah bertemu dengan orang yang mencintainya dan mereka telah berumah tangga dan kini telah mempunyai anak yang begitu comel.   Ain Safiah dan Amar Haziq mempunyai ibu bapa yang sangat menyayangi mereka. Bertuah betul mereka berdua.  Tetapi yang buat Syidah rasa iri hati sangat dengan Ain Safiah bukan sebab Ain Safiah ada suami yang sangat kacak dan sangat mencintainya, bukan sebab Ain Safiah yang datang dari keluarga yang kaya raya berkahwin dengan  lelaki dari keluarga yang berada juga, bukan juga sebab Ain Safiah  mempunyai mertua yang sangat menyayanginya tetapi Syidah rasa iri hati sangat dengan Ain Safiah kerana mempunyai anak yang comel seperti Fatin.  Itu sahaja yang menjadi punca rasa iri di hatinya.
Sudah dua  bulan berlalu sejak dia bertemu dengan Doktor Maria tempoh hari, sehingga sekarang SYidah masih belum putuskan apa yang dia harus lakukan.  Seperti yang Doktor Maria katakan kalau SYidah tunggu dan tidak berbuat apa-apa, sakit yang dia alami setiap bulan akan tetap dia alami dan  Syidah terpaksa bergantung dengan ubat penahan sakit untuk dia lalui hidupan hariannya.  Syidah perlu cari jalan untuk menyelesaikan masalah dia dengan segera.  Dia tidak boleh bertahan dalam keadaan begini dan tidak tahu hala tujunya.
Syidah terlalu ingin mempunyai seorang anak seperti Fatin.  Seorang pun jadilah.  Terasa satu ruang  kosong dalam hatinya yang tidak dapat di tampung oleh sesiapa atau apa-apa pun kecuali dengan adanya seorang anak di dalam dukongannya.  Malangnya kehendak itulah satu-satunya yang nampaknya mustahil untuk Syidah capai.   Wang simpanannya yang sudah lama dia kumpul selama ini pun tidak dapat dia gunakan untuk membeli apa yang dia inginkan itu. 
Untuk capai apa yang dia inginkan sangat, Syidah perlu cari seorang lelaki yang sanggup berkahwin dengannya. Tidak kisahlah kalau lelaki itu tidak mencintainya dan dia juga tidak mencintai lelaki tersebut.    Yang penting lelaki itu tahu apa tujuan Syidah sebenarnya dan sanggup untuk melakukan apa yang Syidah rancang.  Syidah hanya mahukan anak hasil dari perkahwinan itu.  Mereka juga tidak perlu menjadi seperti suami isteri yang sebenarnya.  Kemudian Syidah boleh cuba dengan IVF untuk hamil.  Sebaik sahaja Syidah hamil mereka boleh berpisah.  Selepas itu Syidah boleh lahirkan anaknya dan besarkan anaknya sendirian. 
Itu sahaja yang Syidah inginkan. Syidah tidak perlukan apa-apa lagi dalam hidupnya.  Hanya seorang anak yang akan melengkapkan hidupnya.  Kepuasan atau kelengkapan lain dalam hidupnya, Syidah boleh dapatkan, Syidah boleh beli.  Dia ada wang  untk memenuhi impiannya yang lain-lainnya.  Malahan  Syidah sanggup menawarkan wang kepada lelaki yang sanggup berkahwin dengan dia dan kemudian setelah sah dia hamil, mereka sudah boleh hidup berpisah sehinggalah dia menjahirkan anak, kemudian boleh mereka bercerai dengan secara sah.     
“Not a bad idea..”  Kata Syidah pada dirinya sendiri.  Dia sanggup bayar untuk dapatkan khidmat sesiapa yang sanggup.  Kemudian Syidah termenung.  Tetapi dengan masalah fibroid yang dia hadapi,  masalah kadar tumbesaran fibroid yang begitu mendadak. Apa kata kalau   Syidah berkahwin pun kemungkinan besar dia akan menghadapi masalah untuk hamil.  Sampai berapa lama mereka hendak mencuba.  Sampai berapa lama dia sanggup membayar lelaki itu untuk terus menjadi suaminya kalau  semua jalan yang mereka lakukan untuk hamil gagal?
Syidah mengeluh sendirian.  Dia memandang wajah Fatin yang sedang nyenyak tidur.  Lalu dia cium pipi Fatin yang mulus itu. Terasa begitu sayu hati Syidah.  Adakah dia akan menemui kekecewaan  dalam usahanya mencapai impiannya itu?
Adakah lebih baik Syidah cuba lupakan sahaja apa yang hendak lakukan dan terima sahaja cadangan Doktor Maria, agar ambil sahaja anak angkat. 
“Tapi…..” Syidah bercakap dengan dirinya sendiri.   Sebahagian dirinya yang aagak negative  cuba menyakinkan sebahagian dirinya yang lebih positif.  Entah-entah apa yang dia lakukan hanya buang masa, tenaga dan wang sahaja.
“Mak Su… Mari kita minum dulu.”  Kata Ain Safiah, di pintu bilik Syidah.  Dia naik ke atas untuk panggil SYidah turun.  Sebelum ini Ain Safiah dan Mak Cik Khamsiah sibuk di dapur menyediakan minuman  petang untuk mereka semua.  Ain Safiah tahu Mak Su Syidahnya begitu sayang sangat dengan Fatin.  Nampak benar Mak Su rindu dengan Fatin. Kalau lama Ain Safiah dan Amar Haziq tidak berkunjung ke rumah Mak Su dan Opah, mesti Mak Su SYidah atau Opah telefon mereka. Bertanya kenapa mereka tidak datang.  Ain Safiah tersenyum sendirian. Bukan mereka sengaja tidak mahu sering ke rumah Mak SU SYidah dan Opah, tetapi tiap-tiap hujung minggu ada sahaja tempat yang mereka kena kunjungi.  Kedua-dua ibu bapa sebelah Ain Safiah dan Amar Haziq mesti di kunjungi juga.   Belum lagi kalau  ada majlis kenduri  kendara sama ada di Kuala Pilah atau di Ipoh.
Tan Sri Ghazali dan Puan Sri Syahira hendak tengk cucu mereka, kalau boleh tiap-tiap minggu.  Begitu juga Dato Arif Johan dan Datin Izzah, mesti hendak tengok Fatin tiap-tiap minggu.  Kalau pada hujung minggu di mana giliran Ain Safiah dan Amar Haziq balik Perak,  mereka mesti datang ke rumah Ain Safiah dan Amar Haziq pada hari Isnin keesokan harinya dan mereka berdua baby sit Fatin sementara Ain Safiah dan Amar Haziq pergi kerja.  Kalau seminggu tidak bertemu dengan cucu mereka itu, tidak sah rasanya hidup kedua datuk dan nenek itu.  Bila berpeluang balik ke Putrajaya, Ain Safiah dan Amar Haziq akan bertandang ke rumah Mak SU Syidah dan Opah dahulu sebelum mereka balik ke rumah Datuk Arif Johan dan Datin Izzah.  Kalau lama sikit di rumah Mak Su SYidah dan Opah, nanti Pak Ngah atau Pak The atau Pak Su Fatin akan datang menyusul.  Aiman Sabri, Aqeem Amiruddin dan Aqram Faiz juga sangat-sangat sayang dengan Fatin.  Mereka akan cuba balik ke Putrajaya jika mereka tahu giliran Ain Safiah dan Amar Haziq balik ke Putrajaya.  Hendak bertemu dan bermain-main dengan Fatin. 
Ain Safiah masih tersenyum memikirkan saudara mara dan ipar duainya itu.  Memang penat melayan kehendak semua. Kadang kala Ain Safiah rasa dia perlu lebih hari dalam seminggu untuk dia betul-betul berehat dengan suaminya Amar haziq dan anak kesayangnya Fatin.  Mereka tidak ada masa langsung untuk dihabiskan untuk mereka bertiga. 
“Well…” keluh Ain Safiah.  Sementara orang semua tengah sayang dan keluarga kecil mereka menjadi kesukaan ramai terutama sekali sekali Fatin.   Besok bila Aqeem Amiruddin sudah berkahwin dan mempunyai anak mungkin kehadiran mereka bertiga tidak di tuntut sangat. Dapatlah Ain Safiah dan Amar Haziq menjalani kehidupan bekeluarga sendiri.     
“Hendak bawa Fatin turun sekali ke Ain?  Dia tengah tidur nyenyak ni.”  Kata Syidah, tidak sampai hati hendak mengangkat Fatin dari katilnya dan menganggu tidur Fatin yang sedang tidur dengan lenanya dalam bilik Syidah yang berhawa dingin itu.
“Bawa turunlah Mak SU. Nanti kalau dia terjaga kita tak dengar pulak! Melalak karang Mak Su.  Fatin ni..kalau sudah melalak, satu Putrajaya boleh dengar.”  Kata Ain Safiah.
“Merepeklah Ain ni… Budak baik macam Fatin ni, Ain kata macam tu.  Hendak samakan Fatin dengan dia pulak.”  Bela Mak Su SYidah.  Marah dia bila anak saudata kesyangannya itu di kata oleh ibunya sendiri, Ain Safiah.
“iyelah..  Fatin ni baik… Bukan macam Ain…” Jawab Ain Safiah.  Kadang-kala pelik juga Ain Safiah tengok Mak SU SYidah bila bersama Fatin.  “Berubah sungguh!”  Kata Ain Safiah dalam hatinya.
Bukan macam Mak Su SYidah yang selalu.  Yang di gelar Iron Lady, Dragon lady.  Bukan Mak Su Syidah yang garang yang selalu marah-marahkan Ain Safiah.  Mak SU SYidah cair bila dia bersama Fatin. Terserlah sifat kewanitaannya. Begitulah agaknya Allah telah jadikan wanita.  Bila dengan seorang bayi, kasihnya tertumpah.  Seluruh tubuh badannya bertindakbalas dengan sentuhan seorang bati yang tidak berdosa. Hormon-hormon keibuaan dan kewanitaannya akan dirembeskan, menhasilkan respons-respon keibuaan dalam diri wanita, tidak kira wanita yang selama ini digelar iron lady pun akan tumpas juga. Selama ini dia tidak akan mengalah dengan mana-mana lelaki, rupa-rupanya dia menjadi lembut dengan hanya membau keharuman dan kemurniaan seorang bayi.
Ain Safiah kemudiannya membiarkan sahaja Mak Su SYidah mengangkat Fatin yang sedang tidur  dan mendukong Fatin dekat di dadanya. Manakala Ain Safiah tutupkan suis penghawa Dingin. Lnatas mereka berdua kemudian keluar dari bilik tidur Mak SU SYidah dan menuruni tangga untuk ke ruang makan.  
Kelihatan Amar Haziq berada di ruang tamu, sedang berehat sambil menonton televisyen, hanya tersenyum memandang Syidah yang sedang mendukong Fatin.  Syidah meletakkan Fatin yang sedang tidur di kerusi sofa.  Sedikit pun tidur Fatin tidak terganggu. Dia terus lena, matanya terpejam rapat.  Geram Mak SU Syidah tengok mata yang tertutup itu. Ingin dia usik pipi gebu Fatin sehingga membuat Fatin terjaga.  Tetapi kesihan pulak rasa Syidah hendak ganggu tidur Fatin. Syidah kemudiannya menghampiri meja makan. Opah sedang menghidangkan air the untuk minum petang.  Di atas meja sudah terhidang sepiring pisang goreng panas dan sepiring kueh bingka.    

“Mari minum Haziq.” Panggil Mak CIk Khamsiah. 
“Okay ..Opah. Sedap ni goreng pisang panas-panas.”
“Bila masa emak buat  Kueh bingka ni?” Soal Syidah. DIa ambil sekeping lalu dia makan kueh tersebut.  Memang kueh bingka maknya.  Rupa dan rasanya memang seperti kueh bingka emaknya.
“Bukan emak yang buat ni.  Ain yang buat.  Dia bawa sikit untuk kita rasa.” Kata Mak Cik Khamsiah.
“Ain yang buat..  Not bad.” Kata Syidah sambil memandang wajah Amar Haziq yang tersenyum bangga.
“Abang Haziq memang suka kueh bingka opah. Jadi Ain buat kueh ni dengan opah.” Kata Ain Safiah. 
“Kalau hendak belajar jueh lain pun boleh…Opah boleh ajarkan.”
“Boleh ke makan apa yang Ain masak sekarang ni Haziq?”  Soal Mak SU SYidah.  Syidah bukan tidak kenal dengan Ain Safiah.  Masa dia duduk di rumah ini dulu, semua benda dia tak tahu.  Teruatama sekali masakan melayu.  Lagipun Ain bukan main liat lagi hendak masak. 
“Sekarang dah terror Mak Su.  Banyak improvement kalau hendak banding dari masa mula-mula dulu.”
“Betul ke ni Ain.”
“Ehhh… betul apa.  Memang dah lama Ain pandai masak.  Sebelum kawin ambil crash course dengan Opah…”  Ain Safiah membela dirinya.
“Iye ke?” Macamana Syidah boleh tidak perasaan. Kalau di lihat betul-betul, memang banyak perubahan Ain Safiah.  Memang kadang kala Ain Safiah masih gila-gila lagi tetapi kematangnya sudah terserlah.  Wajahnya begitu berseri. Seri seorang isteri yang dikasihi suami.  Mungkin juga seri seorang ibu muda.  Bila mengingatkan perkataan ibu itu, hati Syidah tersentap kembali.  Rasa iri terhadap Ain Safiah yang sudah bergelar ibu kembali menyerang dirinya.   
Syidah menyhedarkan dirinya. Apapun SYidah tidak boleh mengalah tanpa mencuba dahulu.  Itu bukan sifat Syidah.  Syidah mesti memasang strategi dan rancangan untuk mendapat apa yang dia impikan dengan segera.  Doktor Maria sudah cakap dengan Syidah, dia perlu cepat berusaha untuk hamil. Kalau  tunggu lama-lama lagi peluang untuk dia hamil akan jadi lebih tipis.  Syidah mesti mula bertindak mencari jalan untuk mendapat apa yang dia idamkan.

4 comments:

  1. wahhhh... best ye ada Ain Safiah n Amar Haziq.. dpt sambung tahu kisah kebahagian diorg dalam ni... btw, kesian ngan mak su syidah..

    ReplyDelete
  2. Kedian betul mak su syidah...teruk period pain

    ReplyDelete
  3. Kedian betul mak su syidah...teruk period pain

    ReplyDelete
  4. Kedian betul mak su syidah...teruk period pain

    ReplyDelete

Blogger news

Blogroll

About